Friday, December 13, 2013

TELEKUNG LAMA

pulang ke rumah.setelah sekian lama merantau menuntut ilmu,
hmm, rindunya rumah, baruku teringat, telekung yang biasa pakai dekat kolej, cari telekung lain la..

ku buka almari bajuku, lantas, aku terpandang telekung lamaku yang aku gunakan ketika aku mula kembali berhijrah. Lama sungguh telekung ini, sudah hampir sedekad.

Bila aku memakai telekung itu dan solat, satu rasa yang aku sudah lama tidak rasakan, aku hamba yang hina, hamba yang berdosa!

kenangan lalu kembali dalam benakku, ya Allah, episod silamku kembali menerjah. Cerita itu membawa aku manjadi insan sekarang. Cerita panjang yang berbekas dijiwa.

aku, kini, di zaman ini, mula melangkah, pelbagai taklifat yang aku galas, melupakan diriku pada hakikat penciptaan aku, sibuknya aku, kadang kala melekakan aku. Ruang perhubungan yang luas membuatkan aku alpa, lupa dgn kisah lalu..walaupun atas nama kerja islam, tapi manusia mudah lupa..aku benci ini semua, tapi, siapa yang mengerti? sukarku perjelaskan mengapa aku setegas ini, kadang kala aku benci mjd org besar, yang mempunyai rakyat di bawah, perlu berhubungan dgn lawan krn kerja kesatuan, tp aku masih sukar melupakan kisah dulu...

sukarnya hatiku menyuarakan, kebelengguan yang membejatkan diriku, yang menjadi tembokku dlm melangkah dalam kesatuan islam, Allah, lemah..lemah..lemah diriku..

Dalam doaku, ya Allah, lupakan lah aku akan kisahku dahulu.. x aku sesali kisah itu,kerana itu mengajar aku supaya bertegas n berprinsip dlm hidup, namun kisah itu membuntukan aku, sehingga kadang kala..sikapku membuatkan orgm tidak mengerti, mengapa aku tidak boleh bermusafir jauh, mengapa aku tidak suka berhubung dengan lawan, mengapa aku amat bencikan lawan..

aku, manusia hina yang punya banyak silap, aku pendosa..

Wednesday, October 16, 2013

MENCARI 'ISMAIL:

Dah lama x menulis kat sini, kesibukan yang melanda membuatkan diri ini x sempat nak mencurahkan isi otak kat sini

x terlambat lagi nak mengucapkan selamat hari raya Aidil Adha keoada semua muslimin n muslimat

sempena raya haji ni la kan, nk menyebut tentang kisah di sebalik peristiwa haji ini...

pada suatu ketika dahulu, Nabi Ibrahim telah diperintahkan Allah utk menyembelih anaknya Nabi Ismail. Nabi Ismail yg masih muda ketika itu tanpa teragak-agak mengikut perintah Allah walaupun pada logik akal x sepatutnya Nabi Ismail disembelih.

Demi sebuah hikmah,maka perintah ini dipatuhi. Mereka pun keluar bermusafir utk melaksanakan perintah Allah. Namun perjalanan mereka disekat oleh syaitan. Untuk mengelakkan mereka di hasut syaitan, mereka telah merejam syaitan itu dgn batu. Maka peristiwa ini di adaptasi menjadi wajib haji iaitu melontar di jamrah.

Ketika Nabi ibrahim hendak menyembelih Nabi Ismail, Allah pun memerintahkan malaikat supaya menggantikan Nabi Ismail dengan seekor kibasy. Maka terselamatlah nabi Ismail pada ketika itu.

Nah, itulah sebahagian sinopsis kisah Nabi Ibrahim n Nabi Ismail. Lihatlah pengorbanan Nabi Ibrahim semata mata untuk mendapatkan keredhaan Allah. Adakah kita seberani Nabi Ibrahim yang sudi mengorbankan Nabi Ismail yang dicintainya demi mendapatkan mardhatillah? Carilah apakah 'ismail' dalam diri kita ini yang perlu kita 'korbankan' utk mendapatkan mardhatillah. Semoga berada dalam naungan Allah~~

Monday, September 2, 2013

ALHAMDULILLAH

muhasabah buat diriku..

mengapa engkau x mahu bersyukur..
atas kurnia yg dikurnia..
apa lagi yg kmu minta..
tidakkah cukup nikmat yg ada?

cukuplah sekadar apa yg ada..
apa salahnya kekurangan..
kerana Allah nk didik kita..
Allah syg kita..
Itu yg terbaik buat kita..

sekiranya kamu bersyukur..akan ku tmbhkn nikmatKu ke atas mu..
tp jika kamu kufur..ssngguhnya azabku amatlah pedih

sgala kkurangn kita psti ada hikmahnya..
boleh jd itu mjd kelebihn utk org lain..

sesungguhnya amat sedikit org bersyukur

jdkn kami dalam golongan yg sedikit itu ya Allah..amin~~

Friday, August 30, 2013

Merdekakah Kita

Artikel ini ditulis sempena ulangtahun kemerdekaan esok..31 Ogos 2013

merdekakah kita, andai minda kita terjajah di bawah pembangunan berideologikan barat?
bilakah ku mampu terbang merentasi lautan kekosongan hati jelata ini
menebarkan kpd jelata kesedaran dari kealpaan kekhusyukan menyantap racun2 barat
jarum2 yg disuntik dlm pemikiran umat merentasi zaman pasca penjajahan ini..

duhai diri, apa yg kamu perlaku,
skdr melihat, menyanggupi mata menjamah pmndgn ini..

duhai sahabat2 ku..bangkitlah dari lenamu..ayuh kita tebarkan hidup yg benar2 merdeka di bwh mardhatillah..

pimpinlah sahabat kita menuju syurga akhirat n kemerdekaan duniawi..
dirikan ustaziatul alam..mulakan dari bawah..ayuh kita bersatu..

pray for egypt, syria, palestine and for all muslims..

ISILAH HATIMU...

hari hari terus berlalu..
mendewasakan diri...
namun adakah hati kita juga 'dewasa'??

hati yg 'matang'
Bersedia untuk ke depan
Bersiap untuk melangkah
Berkobar untuk berjuang..
jika 'matang' dengan fikrah perjuangan...

namun jika hati 'setahun jagung'..
tercari2 erti hidup
matlamat kurang jelas
visi tidak terlihat
bekalan x tersedia
mampukah menghadap pengadil di sana?

isilah hati dengan isi Al Quran..hayati..amalkan..sebarkan..spread the word...

Wednesday, August 28, 2013

Kisah Maryam

hiba, terharu-itulah yang diri ini dpt rasakan bila membaca surah maryam

diawal surahnya, mengisahkan kisah Nabi Zakaria yg diuji dgn tiada cahaya mata, namun siapa dpt melawan takdir Allah, Nabi Zakaria dikurniakan anak di usia senja utk menyambung pjuangan dakwah kepada bani israil

Maryam-satu nama yang cukup suci di mata Allah, diuji hatinya apabila didatangi malaikat membawa ruhul qudus yg ditiupkan ke dalam rahimnya

sabarnya Maryam~~ dicemuh kaumnya namun Allah tetap membela Maryam dengan irhas Nabi Isa yang boleh berbicara membela ibunya

subhanallah, itulah kisah maryam yang dicatat dalam Al Quran

Monday, August 26, 2013

hidup ini hanya sementara

hidup ini sekejapnya ibarat antara iqamat dan solat..
iqamat saat kita dilahirkan..
solat di kala kita disemadikan..

di sana nanti, Allah akn bertanya..
apakah usia kamu digunakan?
bermain? bersuka ria? bercinta? berbalah? berjuang atas dasar apa?
tidak gentarkah kamu ditanya sebegitu?
siapkan dirimu utk agamamu, tanyalah pada dirimu apakah infak dirimu

'berusahalah kamu ibarat itu yang terakhir,
beramallah kamu ibarat tiada hari esok untukmu,
beribadahlah kamu ibarat kamu sudah tidak punya peluang lagi...'

Saturday, February 9, 2013

STRATEGI MENGHAFAL

teknik membahagikan


  • pisahkan ayat kepada beberapa bahagian
  • bahagikan satu muka surat kepada 2 atau lebih
  • pisahkan surah mengikut cerita berdasarkan tempat waqaf
  • bahagiakan juzuk mengikau surah, hizib, rubu' atau pertukaran cerita



teknik pointers & keyword


  • buat beberapa kotak atas kertas
  • setiap kotak untuk 1 muka surat
  • catat dalam kotak beberapa keyword dalam halaman tersebut
  • renung dan bayangkan kotak dalam ingatan



teknik menyemak dengan seorang teman


  • pilih teman yang sama minat
  • orang pertama baca sambil disemak orang kedua
  • orang kedua baca sambil disemak orang pertama
  • saling menebuk ayat yang telah dihafal



teknik merakam suara


  • rakam bacaan dalam kaset, mp3, handphone atau recorder 
  • dengar semula untuk memastikan bacaan dan hafalan yang betul



teknik mendengar kaset


  • pilih seorang qari yang membaca secara tartil
  • dengar berkali2 sebelum menghafal.. amati cara, lagu dan tempat berhenti bacaa qari sehingga ingat
  • sentiasa mendengar bacaan Alquran dan kurangkan atau tinggalkan mendengar lagu kerana akan mengganggu hafalan



teknik mendengar sebelum tidur


  • membaca/hafal beberapa potong ayat sebelum tidur
  • sebelum lelapkan mata, dengar bacaan ayat tersebut dan bayangkan kedudukan dalam minda
  • dengar kembali dari awal surah, juzuk, hizib atau mana2 yg sesuai ayat yg telah dihafal
  • cuba bayangakn ayat2 yang didengar dalam minda



teknik kitabah


  • tulis kembali ayat yang telah dihafal tanpa melihat mashaf
  • kemudian semak dengan sahabat atau guru



semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua...

TIP BUAT PARA HUFFAZ

alhamdulillah... masih ada lagi kesempatan buat diriku menulis lagi... semoga dengan izin ini.. bermanfaat buat umat yang lain...


buat para huffaz... dan yang bakal pemahat Alquran di hati.. bacalah perkongsian ini...

Jauhi...

  • sibuk dengan urusan dunia... bezakan tuntutan duniawi dan ukhrawi... pastikan hanya Alquran di hati..
  • dosa & maksiat... dosa menggelapkan hati... ilmu tidak akan masuk ke dalam hati yang gelap..
  • hafal ayat yang banyak dalam masa singkat... pengalaman mengajar... di waktu diri ini mula merangkak mengingati tiap bait Kalamullah.. memang perit... namun ayat itulah yang paling diingat, lama kelamaan, bila Allah permudahkan... bila diri ini mampu menghafal bermuka-muka... namun bermuka-mukalah hafalan hilang jika tidak diulang... kuncinya... SABAR..
  • tidak mengulang hafalan.. ini memang bahaya... confirm hilang kalau x ulang...



Panduan memelihara hafalan...


  • memahami makna ayat2 Alquran... tadabbur ayat sebelum menghafal... insya Allah membantu hafalan...
  • bacaan yang telah diperbetulkan... baca dengan TAJWID... untuk menjadi hamalatul quran perlu menjaga tajwid
  • banyakkan membaca dan mendengar Alquran... lunakkan hati dengan Kalamullah... insya Allah, hati juga bakal merindui Alquran
  • melatih bacaan dalam Alquran... anggaplah kita sedang tasmik dengan Allah, cara ini membantu menguatkan hafalan...
  • minat & azam yang tinggi... kalau dah minat... sesusah mana pun, insya Allah dapat hafal bi iznillah...
  • ikhlas kerana Allah... bukan kerana mak ayah suruh atau mengejar glamour...
  • doa untuk dipermudahkan hafalan... hanya Allah sebaik2 penolong...
  • beramal dengan Alquran... action speaks louder than word... 



Cara untuk membantu hafalan...


  • menghafal pada waktu pagi... lagi baik 1/3 akhir malam...
  • mengenal pasti ayat yang hampir sama... especially ayat2 mutasyabihat...
  • kaitkan satu ayat dengan ayat yang lain... ayat Alquran saling berkaitan... terokailah kisah dan perkongsian dari Allah buat kita...
  • hafal menggunakan satu mushaf... kenapa?? bila kita menghafal secara x langsung kita ingat susunan dan perkataan yang kita bulat, garis atau highlight... cuba tengok Alquran org yg baru hafal... insya Allah berconteng sana sini dengan pelbagai bentu dan tulisan...
  • cuba mencapai apa yang ditetapkan... rancang untuk menghafal berapa muka atau ayat setiap hari dan cuba capai... jika capai lebih... berikan ganjaran buat diri sendiri... jika tidak... kenakan sedikit punishment buat diri dan muhasabah diri
  • menyemak hafalan dalam tulisan... supaya kita tau apa yang kita hafal dan dapat membantu hafalan...