Wednesday, October 16, 2013

MENCARI 'ISMAIL:

Dah lama x menulis kat sini, kesibukan yang melanda membuatkan diri ini x sempat nak mencurahkan isi otak kat sini

x terlambat lagi nak mengucapkan selamat hari raya Aidil Adha keoada semua muslimin n muslimat

sempena raya haji ni la kan, nk menyebut tentang kisah di sebalik peristiwa haji ini...

pada suatu ketika dahulu, Nabi Ibrahim telah diperintahkan Allah utk menyembelih anaknya Nabi Ismail. Nabi Ismail yg masih muda ketika itu tanpa teragak-agak mengikut perintah Allah walaupun pada logik akal x sepatutnya Nabi Ismail disembelih.

Demi sebuah hikmah,maka perintah ini dipatuhi. Mereka pun keluar bermusafir utk melaksanakan perintah Allah. Namun perjalanan mereka disekat oleh syaitan. Untuk mengelakkan mereka di hasut syaitan, mereka telah merejam syaitan itu dgn batu. Maka peristiwa ini di adaptasi menjadi wajib haji iaitu melontar di jamrah.

Ketika Nabi ibrahim hendak menyembelih Nabi Ismail, Allah pun memerintahkan malaikat supaya menggantikan Nabi Ismail dengan seekor kibasy. Maka terselamatlah nabi Ismail pada ketika itu.

Nah, itulah sebahagian sinopsis kisah Nabi Ibrahim n Nabi Ismail. Lihatlah pengorbanan Nabi Ibrahim semata mata untuk mendapatkan keredhaan Allah. Adakah kita seberani Nabi Ibrahim yang sudi mengorbankan Nabi Ismail yang dicintainya demi mendapatkan mardhatillah? Carilah apakah 'ismail' dalam diri kita ini yang perlu kita 'korbankan' utk mendapatkan mardhatillah. Semoga berada dalam naungan Allah~~