Saturday, March 22, 2014

ISTIKHARAHLAH SEBAIKNYA

Sewaktu di sambest dulu, setelah mdpt result dlm pmr

biasalah bdk sam, nk jgk merasa dok sbp/mrsm

tp pd wktu itu mungkin iman yazid, jd pilihan utk stay atau keluar dr sambest utk masuk ke sbp di istikharah sebaik mungkin

jwpnnya, keluar drpd sambest itulah yg terbaik

mcm mana tahu?

rahsia ygku simpan sekian lama..nk tau? err, x perlu kot nk cerita kt sini

tp apa yg bole diberitahu, bkn melalui mimpi spt kebanyakan org yg biasanya kata keputusan istikharah melalui mimpi

saya bkn org yg hebat, segala2 nya tahu melalui mimpi
saya manusia hina

alhamdulillah, besarnya hikmah bila masuk sbp , mungkin org lain x nmpk, n ramai mengatakan betapa ruginya keluar dr bumi barakah sambest

tapi saya jamin saya x rugi, kerana ada tarbiyah Allah di situ, tanpa saya sedar, utk mendidik diri yg lemah ini

habis spm, ditawarkan masuk ke dq, nmpk mcm baik di mata org, tp saya jujur kata, saya TAK ISTIKHARAH pun

sbb merasakan itu sudah baik
krana hati menyimpan hasrat utk menghafal kalamullah

tapi nyata, Allah lebih tahu apa yg terbaik kpd kita

masuk dq, bln pertama ok, walaupun muqarrar lmbt sedikit, tp bila masuk semester 2, dgn kna ulang paper, dgn tugas yg byk, hati ini merasa sgt x tenang n terbeban

walhal saya di dq, bumi barakah, tmpt org mhfl Al Quran

saya rasa terbeban, walhal duduk di sbp yg biah nya hampir tiada, saya merasa dekat dgn Allah, rasa tenang walaupun tugas memegang badar dipikul, mungkin juga di sbp saya mdftr dgn restu ibu n ayah, tp di dq mungkin pada mulanya ibu n ayah meragui, tmbh pula tidak istikharah

nmpk x kesannya di situ, perancangan Allah itu yg terbaik

selepas ini, kaki ini akan mlgkh keluar dr bumi dq krana sudah tamat pengajian, nyata istikharah itu perlu, utk memilih utk masuk uia atau menerima tawaran lain

moga hati ini lebih tenang selepas ini

namun hati ini bersyukur kerana diberi kesempatan utk menghabiskan hafalan, inilah hikmah saya disini, namun apakah kepuasannya sama spt mana kaki ini melangkah meninggalkan sbp??

Allah jua yg mengetahui,

wamakaru wamakarallah
Allahu khaira makirin

moga Allah redha

CINTA TIGA SEGI?

Pada saat ini, komitmen semakin menggunung (sekadar ayat hiperbola) ^^

komitmen yang memerlukan perhatian seluruh jasa dan jiwa
1. komitmen + sayang + kasih kepada keluarga
2. komitmen + kasih + cinta pada kerja kemasyarakatan
3. komiten dan kasih daripada diri sendiri kepada 2 pihak di atas ^-^

inilah namanya cinta tiga segi...

KELUARGA

sebagai anak, tanggungjawab kepada ibu bapa perlu ditunai, bkn skdr belajar bersungguh-sungguh, bahkan tanggungjawab utk mjaga hati ibu bapa n kebajikan mereka perlu ditunaikan, bkn sekadar dipertimbangkan lagi

MASYARAKAT

keluarnya kita kepada masyarakat dalam bentuk persatuan dan jemaah.
Bukan berdiri atas kaki sendiri, kerana masyarakat itu besar. Oleh itu, gerakan dalam bentuk organisasi itu amat penting. Kesatuan dan komitmen ahli itu perlu

NAMUN,

disini aku tersepit. Di saat hujung minggu, program bertindan, program persatuan di kampus, program alumni SAM Best dan SBPI Jempol, program dakwah lapangan, seminar itu ini, belum dicampur panggilan utk pulang ke rumah

di situ, hati di uji, mana yg lebih aula

saat pulang ke rumah utk menunaikan tanggungjawab sebagai seorg anak, sahabat2 seperjuangan kurang memahami, katanya aku tidak komit dgn kerja, asyik pulang ke rumah,
takkan segala-galanya hal rumah perlu dicerita

mana mungkin begitu, mohon mengerti,

aku bukan seperti kamu, ujian kita berbeza,

rezekiku, mendapat keluarga yg tidak mengerti akidah perjuangan
apakah perlu utk turun ke medan dakwah

disini aku diuji, aku kamu dan kita

ukhuwah kita turut teruji,
berlapang dada lah, ini mungkin masaku,
mungkin nanti akn dtg masa kamu

teringat dulu ada org mengusik
carilah org sefikrah, mudah nk turun ke gelanggang dakwah,
tidak perlu terikat pada keluarga

senyum diukir,
dalam hati, itu namanya lari daripada tanggungjawab seorang anak,
berkahwin sekadar atas dasar tidak mahu terikat pada tanggungjawab pada mak ayah

gampang benar cadangannya,
aku yg merasa,
manis lidah, x semanis rasa di hati,

iye mungkin sekarang bukan masanya,
mungkin 5, 6 tahun lagi baru aku mencari orangnya
yang memberi sokongan dalam medan ini.

tapi kini sekali lagi, aku keliru
tersepit lg sempit
kesempitan ruang utk tanggungjawab

aku, keliru