Showing posts with label tazkirah. Show all posts
Showing posts with label tazkirah. Show all posts

Wednesday, February 5, 2014

SEM INI SEM AKHIR

alhamdulilah, sudah sebulan memasuki sem yg ke 3 di sini. Bulan pertama sibuk menguruskan kedatangan adik2, n exam ulangan, sememangnya membuatkan masa seperti x cukup 24 jam sehari, hehe, manusia memang x reti bersyukur

masuk bulan kedua, baru sedar bberapa bulan sahaja lg bertapak disini, sebelum masuk ke uia menceburkan semula diri dlm bidang sains, byk bnda yg perlu dipelajari sblm melangkah keluar

sewaktu mula2 masuk ke sini, kita sndiri sudah memasang niat apa yg kita hndk di sini. Dan sememangnya ajaib, bila berada di sem akhir ini,sememangnya kita dapat apa yg kita niatkan itu!

"SETIAP AMALAN BERGANTUNG KEPADA NIAT"

Buat sahabat di luar sana, supaya hidup kita bermatlamat n jelas jln hujungnya, tetapkan semula niat kita, apakah yg kita nak capai dlm umur begini2, supaya hidup kita sentiasa bermatlamat n berstrategi

"KEBENARAN YANG TIDAK TERSUSUN AKAN DIKALAHKAN OLEH KEBATILAN YANG TERSUSUN"

Renung2kan dan selamat beramal.. :)

Monday, September 2, 2013

ALHAMDULILLAH

muhasabah buat diriku..

mengapa engkau x mahu bersyukur..
atas kurnia yg dikurnia..
apa lagi yg kmu minta..
tidakkah cukup nikmat yg ada?

cukuplah sekadar apa yg ada..
apa salahnya kekurangan..
kerana Allah nk didik kita..
Allah syg kita..
Itu yg terbaik buat kita..

sekiranya kamu bersyukur..akan ku tmbhkn nikmatKu ke atas mu..
tp jika kamu kufur..ssngguhnya azabku amatlah pedih

sgala kkurangn kita psti ada hikmahnya..
boleh jd itu mjd kelebihn utk org lain..

sesungguhnya amat sedikit org bersyukur

jdkn kami dalam golongan yg sedikit itu ya Allah..amin~~

Friday, August 30, 2013

ISILAH HATIMU...

hari hari terus berlalu..
mendewasakan diri...
namun adakah hati kita juga 'dewasa'??

hati yg 'matang'
Bersedia untuk ke depan
Bersiap untuk melangkah
Berkobar untuk berjuang..
jika 'matang' dengan fikrah perjuangan...

namun jika hati 'setahun jagung'..
tercari2 erti hidup
matlamat kurang jelas
visi tidak terlihat
bekalan x tersedia
mampukah menghadap pengadil di sana?

isilah hati dengan isi Al Quran..hayati..amalkan..sebarkan..spread the word...

Wednesday, August 28, 2013

Kisah Maryam

hiba, terharu-itulah yang diri ini dpt rasakan bila membaca surah maryam

diawal surahnya, mengisahkan kisah Nabi Zakaria yg diuji dgn tiada cahaya mata, namun siapa dpt melawan takdir Allah, Nabi Zakaria dikurniakan anak di usia senja utk menyambung pjuangan dakwah kepada bani israil

Maryam-satu nama yang cukup suci di mata Allah, diuji hatinya apabila didatangi malaikat membawa ruhul qudus yg ditiupkan ke dalam rahimnya

sabarnya Maryam~~ dicemuh kaumnya namun Allah tetap membela Maryam dengan irhas Nabi Isa yang boleh berbicara membela ibunya

subhanallah, itulah kisah maryam yang dicatat dalam Al Quran

Monday, August 26, 2013

hidup ini hanya sementara

hidup ini sekejapnya ibarat antara iqamat dan solat..
iqamat saat kita dilahirkan..
solat di kala kita disemadikan..

di sana nanti, Allah akn bertanya..
apakah usia kamu digunakan?
bermain? bersuka ria? bercinta? berbalah? berjuang atas dasar apa?
tidak gentarkah kamu ditanya sebegitu?
siapkan dirimu utk agamamu, tanyalah pada dirimu apakah infak dirimu

'berusahalah kamu ibarat itu yang terakhir,
beramallah kamu ibarat tiada hari esok untukmu,
beribadahlah kamu ibarat kamu sudah tidak punya peluang lagi...'