Friday, December 13, 2013

TELEKUNG LAMA

pulang ke rumah.setelah sekian lama merantau menuntut ilmu,
hmm, rindunya rumah, baruku teringat, telekung yang biasa pakai dekat kolej, cari telekung lain la..

ku buka almari bajuku, lantas, aku terpandang telekung lamaku yang aku gunakan ketika aku mula kembali berhijrah. Lama sungguh telekung ini, sudah hampir sedekad.

Bila aku memakai telekung itu dan solat, satu rasa yang aku sudah lama tidak rasakan, aku hamba yang hina, hamba yang berdosa!

kenangan lalu kembali dalam benakku, ya Allah, episod silamku kembali menerjah. Cerita itu membawa aku manjadi insan sekarang. Cerita panjang yang berbekas dijiwa.

aku, kini, di zaman ini, mula melangkah, pelbagai taklifat yang aku galas, melupakan diriku pada hakikat penciptaan aku, sibuknya aku, kadang kala melekakan aku. Ruang perhubungan yang luas membuatkan aku alpa, lupa dgn kisah lalu..walaupun atas nama kerja islam, tapi manusia mudah lupa..aku benci ini semua, tapi, siapa yang mengerti? sukarku perjelaskan mengapa aku setegas ini, kadang kala aku benci mjd org besar, yang mempunyai rakyat di bawah, perlu berhubungan dgn lawan krn kerja kesatuan, tp aku masih sukar melupakan kisah dulu...

sukarnya hatiku menyuarakan, kebelengguan yang membejatkan diriku, yang menjadi tembokku dlm melangkah dalam kesatuan islam, Allah, lemah..lemah..lemah diriku..

Dalam doaku, ya Allah, lupakan lah aku akan kisahku dahulu.. x aku sesali kisah itu,kerana itu mengajar aku supaya bertegas n berprinsip dlm hidup, namun kisah itu membuntukan aku, sehingga kadang kala..sikapku membuatkan orgm tidak mengerti, mengapa aku tidak boleh bermusafir jauh, mengapa aku tidak suka berhubung dengan lawan, mengapa aku amat bencikan lawan..

aku, manusia hina yang punya banyak silap, aku pendosa..

No comments:

Post a Comment