Saturday, March 22, 2014

CINTA TIGA SEGI?

Pada saat ini, komitmen semakin menggunung (sekadar ayat hiperbola) ^^

komitmen yang memerlukan perhatian seluruh jasa dan jiwa
1. komitmen + sayang + kasih kepada keluarga
2. komitmen + kasih + cinta pada kerja kemasyarakatan
3. komiten dan kasih daripada diri sendiri kepada 2 pihak di atas ^-^

inilah namanya cinta tiga segi...

KELUARGA

sebagai anak, tanggungjawab kepada ibu bapa perlu ditunai, bkn skdr belajar bersungguh-sungguh, bahkan tanggungjawab utk mjaga hati ibu bapa n kebajikan mereka perlu ditunaikan, bkn sekadar dipertimbangkan lagi

MASYARAKAT

keluarnya kita kepada masyarakat dalam bentuk persatuan dan jemaah.
Bukan berdiri atas kaki sendiri, kerana masyarakat itu besar. Oleh itu, gerakan dalam bentuk organisasi itu amat penting. Kesatuan dan komitmen ahli itu perlu

NAMUN,

disini aku tersepit. Di saat hujung minggu, program bertindan, program persatuan di kampus, program alumni SAM Best dan SBPI Jempol, program dakwah lapangan, seminar itu ini, belum dicampur panggilan utk pulang ke rumah

di situ, hati di uji, mana yg lebih aula

saat pulang ke rumah utk menunaikan tanggungjawab sebagai seorg anak, sahabat2 seperjuangan kurang memahami, katanya aku tidak komit dgn kerja, asyik pulang ke rumah,
takkan segala-galanya hal rumah perlu dicerita

mana mungkin begitu, mohon mengerti,

aku bukan seperti kamu, ujian kita berbeza,

rezekiku, mendapat keluarga yg tidak mengerti akidah perjuangan
apakah perlu utk turun ke medan dakwah

disini aku diuji, aku kamu dan kita

ukhuwah kita turut teruji,
berlapang dada lah, ini mungkin masaku,
mungkin nanti akn dtg masa kamu

teringat dulu ada org mengusik
carilah org sefikrah, mudah nk turun ke gelanggang dakwah,
tidak perlu terikat pada keluarga

senyum diukir,
dalam hati, itu namanya lari daripada tanggungjawab seorang anak,
berkahwin sekadar atas dasar tidak mahu terikat pada tanggungjawab pada mak ayah

gampang benar cadangannya,
aku yg merasa,
manis lidah, x semanis rasa di hati,

iye mungkin sekarang bukan masanya,
mungkin 5, 6 tahun lagi baru aku mencari orangnya
yang memberi sokongan dalam medan ini.

tapi kini sekali lagi, aku keliru
tersepit lg sempit
kesempitan ruang utk tanggungjawab

aku, keliru

No comments:

Post a Comment